How I met Dr.Jodohku

Secara officialnye kawan sejemaah saya bertunang pada hari raya haji tahun lepas (2016). Kami sekelas happylah, yelah bakal menerima 'abang ipar', huhuhu.

Kami dok kacau dialah,
"laki hang tinggi ka?"
"laki dia hensem ka?"
"uihhh, tak lama lagi jadi milik orang lain dah niii."
"Mujur dapat orang kedah gak(sebab kawan saya ni orang kedah)"
Soalan paling popular kami dok tanye, "Bila tarikh kahwinnye?"

Dia pun dah naik fed up. Last kali dia pi letak 'sumpahan' atas kami dengan kata, "Saya rasa ni, antara koranglah kan ada yang kahwin dulu daripada saya.. tengoklah."

Waktu tu kami tak rasa benda tu jadi sebab tak de sape2 yang nampak cam nak kahwin.

Makluman, dalam jemaah kami, kebanyakannye dah berumur 20 keatas (antara pelajar2 yang berumur kat madrasah waktu tu), biasalah tu tahun akhir ni, sukeeee sangat cakap pasal kahwin.

Suatu hari, dok sembang2 pasal jodoh, kawan saya sorang ni offer kami suami Dr. Masing2 tak nak sebab nanti nak cakap englishlah apalah, macam2 alasan dikemukakan. Saya pula tak kisah, kalau laki tu berani jumpa mak abah, dan mak abah setuju, saya pun ikut floww.

Sebelum ni, Dr tu pernah di'offer' kat kawan saya yag dah bertunang tu, sebab dia suka sangat doktor. Dia kata nampak smart. Tapi bukan jodohnye. Jodohnye dengan ustaz/kawan abang2nya/orang kedah.

Kawan saya yang offer tu pulak (panggil Ridwah-bukan nama sebenar) kata yang aku sesuai dengan Dr tu. Saya pun malas nak react ape2, takut2 tak jadi. Tahu2 je, Ridwah dah bagitahu umminye yang juga merangkap sebagai ustzah kami. Dr tu merupakan anak kepada kawan ustazah yang kami biasa dipanggil Cik Su.

Cik Su ni kami selalu jumpa kalau ada kelas talaqi setiap hari sabtu. Cik Su memang lebih nampak mesra dengan anak2 ustazah kami tu sebab mereka dulu banyak tolong Cik Su. Waktu tu Cik Su nak carikan jodohlah untuk anaknye.

Bila Ridwah beriya-iya nak saya dijodohkan dengan Dr tu, Ustazah pun call kedua-dua belah pihak saya dan pihak Dr tu. Maka telah tetaplah temujanji antara keluarga pada hari sabtu minggu yang sama.

Siapa tak cuak? Ingat main2 ke or tak jadi, tengok2 hamek ko, minggu tu gak nak 'meet n greet.'

Hari yang dinantikan sudah tiba, saya tak de nak cuak2 dah, relax je, cool je. Tak tahu macam mana saya bole jadi macam tu, Allah nak bagi saya tenang. Kebetulan hari tu, hari kenduri kahwin senior kami, sebahagian daripada jemaah kami terpilih untuk kesana. Saya konfem2 tak leh pergi, nak jumpa bakal jodohlah katakan..

Hari sabtu, jadual belajar sampai 11:45 je. Janji jumpa lepas zohor dekat rumah ustazah. Saya pun ambik kesemptan untuk call mak saya nak tahu dah datang ke belum. Mak saya kata mak abah solat kat masjid madrasah. So sempatlah saya berqailullah sekejap untuk merehatkan mata.

Selepas solat zohor, saya pun pergilah rumah ustazah tapi tak de orang pun dalam tu. Mak abah datang pun tak de sape2 pun yang balik. Lama sangat tunggu kat luar rumah ustazah. Call pun tak angkat. Basah jubah dan tudung saya. Sampai mak kata "Nampak macam tak jadi je". Bila harapan sudah menipis, Allah hantar balik Ustazah ke rumahnye.

Akhirnya, dapatlah duduk dalam rumah. Ustazah minta maaf pada mak. Rupanya Ustazah pergi kenduri senior kami, nak balik ke sini jam pulak dan phone ustazah plak rosak. Tapi mana pihak sebelah? Ustazah pun call Cik Su, rupa2nya, mereka dah nak otw ke Rawang (rumah saya). Lepas dibetulkan lokasi pertemuan (cehhhh), mereka pun patah balik dan otw ke rumah ustazah. (jauh tuu)

Dalam pukul 3 lebih petang, barulah Dr sekeluarga datang. Ustazah letakkan tabir rotan laki2 dan perempuan. Kami mula dengan kenalkan diri masing2. Purdah pun bukak. (fyi: saya, mak, Cik Su, ustazah memang pakai purdah) Bahagian perempuan ada saya, mak, Cik Su, kakak Cik Su, dan ustazah. Bahagian lelaki ada abah, Dr, Pak Cik.

Dah nak dekat pukul 4 barulah, Cik Su tanya macam mana nak saya dan anaknya jumpa. Ustazah terangkan biasanya pihak perempuan datang jumpa laki tapi kami buat sebaliknya, Dr yang datang ke bahagian perempuan dan tengok saya. (Kami budak belajar agama panggil Nazhor bukan Nazarnye).

Dia duduk sebelah mak longnya, saya pulak malu tetiba, tapi saya cuba lawan malu tu. Saya senyum je. Dia tak tengok lagi saya, Dia fokus tengok mak, Dia kenalkan diri dia kat mak dulu, baru dia pandang sekilas kat saya. Saya still ada 'sticker senyum' kat bibir. Selebihnya, kerja mak saya menyoal macam polis. Nasib baik dia boleh jawap.

Dr tu lembut orangnye, duduk bersimpuh depan kami. Dr tu bagi saya kira comel not handsome. Huhuhu.. Berketurunan cina sebab Arwah wannya orang cina. Umur 28. Beza 7 tahun dengan saya. Nak kata jatuh cinta, tak. nak kata suka pun tak lagi masa tu. Sebab hati saya memang tak nak kecewa kalau saya dah suka n then tetiba tak jadi.  (>~<)*nomu appa.

Selepas tu dah masuk Asar. Laki2 semua solat kat masjid, kami solat kat rumah ustazah. Lepas solat, kami sembang2 lagi, and then mak abah n pihak Dr pun balik. (Jari dah kata stop typing, i want to rest)😊
Tarikh pertemuan kami: 12 November 2016.

Gitulah how I met Dr.Jodohku. Dengan bantuan Allah, kami bertemu sekali lagi untuk bertunang,
Tarikh Pertunangan: 3 Disember 2016

Selepas beberapa minggu, kami diijab kabul. Satu jemaah saya jadi bridemaids saya. Huhuhu.
Tarikh Kahwin: 26 Disember 2016

Sekejap jekan? dalam masa sebulan lebih je. Dan saya masih lagi pelajar madrasah tahun akhir. kalau dah ada jodoh, jangan dilambat-lambatkan. InsyaAllah, Allah akan bantu kita jika niat kita baik. 😉

Kalau dah bace, do comment dengan menekan tulisan lovers kat bawah tittle post. Tenkiu.

Comments

Popular posts from this blog

Perbezaan Pengajian Bahasa Arab dan Hadis (Alim) dengan Pengajian Tahfiz Al-Quran(Hafiz)