Perbezaan Pengajian Bahasa Arab dan Hadis (Alim) dengan Pengajian Tahfiz Al-Quran(Hafiz)
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
Bagi sesiapa sahaja yang ingin tahu atau berminat mengenai pengajian madrasah :)
Saya ni pelajar lepasan madrasah bahagian pengajian bahasa arab dan hadis. Saya mula masuk madrasah umur penghujung 15 (tahun 2010) hingga 22 (tahun 2017). Belajar di madrasah memang Allah akan bagi macam-macam ujian untuk tengok kita layak atau tidak untuk terima satu zarah daripada ilmuNya.
Apa yang saya tulis ini mengikut pengalaman saya dan sahabat-sahabat saya yang sudah berjaya menghabis kedua2 pengajian. :D
Selamat membaca.
Perbezaan 1: Masa Pengajian (long term)
Pengajian Hadis biasa ada tempoh yang ditetapkan macam pengajian akademik. Kalau pelajar Alim (lelaki) ada yang belajar 8 tahun, ada juga 10 tahun dan ada juga yang lebih dari tu. Kemudian mereka akan keluar jalan Allah selama setahun. Kalau pelajar Alimah (perempuan), tahun pengajian mereka juga ditetapkan tapi tahun pengajian mereka dikurangkan. Ada yang mengambil masa 5/6/7/8 tahun jea.
Pengajian Al-Quran biasanya ikut kemampuan pelajar. Tapi setiap madrasah ada letak target pelajar habis hafaz Al-Quran. Biasanya madrasah akan beri 3 tahun. Walaupun mereka letak target tu, ia akan bergantung pada kesungguhan pelajar tersebut. Habis awal, Alhamdulillah. Habis lewat sikit, tak pe, don't give up!
Perbezaan 2: Kos Pengajian
Pengajian Hadis. Selain kene bayar yuran madrasah, pelajar kene beli kitab2. Biasanya tahun pertama kene beli banyak kitab-kitab asas. Kitab apa yang akan diajar pada pelajar bergantung pada pihak madrasah. Biasanya mereka beritahu apa yang perlu beli. Tapi bila naik tahun2 lain, kita akan mula guna kitab rujukan yang madrasah kadang2 uruskan n kadang2 kita kena cari sendiri. Bila naik tahun akhir, lagi perlu kitab rujukan. Harga2nya meningkat mengikut tahun.
Pengajian Al-Quran. Kita memang tak perlu apa2 kitab pun. Al-Quran ada dah cukup. Kadang2 tu guru masing2 akan mintak beli buku tulis untuk tulis pencapaian hafalan. Tapi ada sesetengah madrasah ada juga buat kelas fardhu ain atau kelas tajwid, so kenelah beli kitab2 tu. Itu pun ikut madrasah atau guru tu nak mengajar kitab ape.
Perbezaan 3: Masa Pengajian (Daily)
Pengajian Hadis. Jadual kita sama macam jadual kita kat sekolah biasa. Hari ni belajar subjek ni, esok lain.
Pengajian A-Quran. Mengikut guru. Kalau kene semak, semak. Kalau kene hafal sabak, hafal.
Perbezaan 4: Umur
Pengajian Hadis di Malaysia ni, biasanye ambik pelajar seawal 11/12 tahun keatas sebab pengajian ni berat sedikit bagi certain age n people. So kebanyakannye umur belasan ke puluhan.
Pengajian Al-Quran, ambik seawal 5/6 tahun pun ade keatas. tak hairanlah kalau waktu dia umur 10 atau 11 tahun dah shahadah Al-Quran dan masuk pengajian hadis. Comey2 je.
Perbezaan 5: Nak Ambik Cuti
Pelajar Pengajian Hadis kalau cuti waktu pengajian sebab apa2lah, perghhh, rugi. Nak kejar balik pelajaran yang tertinggal bukan senang.Walaupun dah muzakarah dengan classmate yang lain tak akan sama dengan apa yang ustaz/ustazah terangkan. Tahu2, pengajian hari yag kita cuti tulah yang masuk peksa (pernah kene sebab tulah). Memamg tak digalakkan cuti. Guru kita tak akan tunggu kita sampai balik dari cuti, life needs to go on. Takkanlah sebab kita tak de, ustaz tak nak masuk mengajar lepas tu classmate ternganga masuk lalat?
Pelajar Pengajian Al-Quran boleh je cuti bila2 asalkan ada keizinan ustaz dan mudir. Tahu sebab apa? Sebab kita mengaji ikut kemampuan dan kesungguhan kita. Lagi banyak kita semak,lagi cepat habis Al-Quran. Lagi banyak cuti, lagi lambatlah kita habis. Ofcourse kita nak cepat habiskan? tapi dalam hati nak cuti.. kene betulkan niat.
Perbezaan 6: Kerja Tulis
Pengajian Hadis ni memang banyak nak kena tulis. Kena ada stock buku tulis banyak sikit sebab nak tulis nota dan latihan lebih-lebih lagi nahu n sorof.
Pengajian Al-Quran memang tak ada yang kene tulis2. Tapi kalau ada kelas fardhu ain atau lain2, perlulah ada buku tulis.
*jangan tersilap beli buku tulis garis tu dengan buku tulis petak, budak madrasah selalu tersilap beli..
Perbezaan 7: Guru Mengajar
Pengajian Hadis ni lagi ramai guru yang kita akan belajar dengan dia sebab subjek pengajian ni memang banyak. 1 Ustaz akan pegang 1 atau 2 pelajaran untuk satu tahun tu. Tengoklah atas mesyuarat asatizah.
Pengajian Al-Quran pulak ada 1 atau 2 ustaz/ustazah yang jaga hafalan kita.
Itulah antara perbezaan pengajian bahasa arab dan hadis dengan pengajian tahfiz Al-Quran. Ni mengikut pengalaman saya dan sahabat2 saya ye..
hmmmmm... Apa lagi ye, awak yang membaca ada lagi nak tambah tak? Kalau ada do comment by clicking the lovers button under the title post ;)
Terima kasih bagi penerangan yg lengkap.
ReplyDelete